Nikmat Rehat

28 Jun

1. Alhamdulillah, Abuya beri aku rehat selama dua hari.
2. Esok, Rabu – 29 Jun, baru mula tugas.
3. Khabarnya Abuya mahu beri berita gembira kepadaku.
4. Apalah agaknya berita yang menggembirakan itu ye?
5. Aku terima sahaja apa yang diberitakan untukku.
6. Dua hari rehat, aku rasa memang lepak, bisa dan mengantuk.
7. Usai persembahan pelajar-pelajarku dengan salah seorang finalis Imam Muda 2 jam 11:30 malam, aku pulang dan terus berehat.
8. Aku pun tak tahu hikmah aku menerima jemputan untuk membuat persembahan bersama calon finalis IM2.
9. IM eh…. Imam Mahdi ke?????
10. Em… patut pun Hassan Al Basri pun ada. Syeikh Samman pun sekali. Menumpang bergambar.
11. Nak tengok? Argh…. bukannya korang nampak pun.
12. T korang tuduh aku tipu tapi ada 2, 3 orang yang jadi saksi yang nampak….
13. Hehehehehe….. karamah Abuya dan Saidi melekat kat anak-anaknya yang yakin.
14. Abuya gembira dengan perkembangan dan aku diminta berada di Pusat Islam KL pada malam final nanti [1 Julai].
15. Amboi…. macam malas nak pergi je….
16. Macam aje ye….. bukan confirm tak pergi…. jangan salah faham pulak…..
17. Erm…. malam tadi dapat call dari SRP – sahabat remaja pahang. Cerita apa?
18. Tentang isteri cucu PMP {Pahlawan Melayu Pahang} yang setiap kali solat, selain daripada suaminya yang [kononnya] sudah meninggal tu ada, dia juga nampak Kaabah depan mata.
19. Cuba ulas sikit kepada sesiapa yang nak komen….
20. Aku dapat sms dari Madinah al Munawwarah.
21. Tanya bila aku akan ke sana?
22. Siapa la yang tak mahu ke sana ‘kan?
23. Tempat Rasulullah dimaqamkan dan bandar hebat sejak zaman Rasulullah hinggalah ke akhir zaman nanti.
24. Aku mahu saja pergi tetapi layakkah aku mengunjungimu ya Kekasih Allah?
25. Segalanya belum bersedia pada logiknya – wang, diri dan hati. Abuya tolonglah. Saidi bantulah. Rasulullah tunaikanlah. Ya Allah Ya Hannan Ya Mannan istajib du’ani… Amin

Pelik tapi Benar

24 Jun

1. Assalamualaikum warahmatulahhi wabaraktuh. Salam ukhwah buat pecinta kebenaran. Semoga dalam redha Tuhan.
2. Malam tadi saya dapat sms dari sahabat remaja pahang [SRP].
3. Isinya; ” Ckgu tw x xd sy bork ngn is3 dy. is3 dy ckp ms arwah sakt dl dy kte dy xmati..dy kte dy cme kne shr… dh tahlil dh.”
4. Saja saya ikut gaya teks yang diberi maklumlah melayan rentak remaja terkini…. huhuhuu
5. Ada yang tidak jelas dan tidak memahami teks di atas?
6. Ok ar…. saya nyatakan maksudnya.
7. SRP telah berkunjung melawat cucu kepada seorang Pahlawan Melayu Pahang [PMP] di rumahnya di …… [rahsia].
8. SRP memberitahu bahawa dalam kunjungannya ke rumah isteri kepada cucu PMP tersebut SRP telah diberitahua bahawa [arwah] suaminya sewaktu dikatakan meninggal telah memberitahu bahawa dia sakit kerana terkena sihir dan dia belum mati lagi.
9. Jelas? Pagi tadi dalam jam 7:24 saya mendapat sms dari SRP yang meminta izin untuk menelefon saya.
10. Dalam perbualan tersebut, saya juga dimaklumkan bahawa isteri kepada cucu PMP setiap kali waktu solat dia nampak suaminya di hadapan dan menjadi imam kepada beliau.
11. Saya tak mahu bagitahu apa yang saya ulas kepada SRP.
12. Jadi apa kiasan yang anda nampak dan faham? Hurm…. untunglah orang Pahang.
13. Jika anda faham maka anda tidak menolak perkara yang sama juga terjadi kepada ABUYA tercinta.
14. Sebab itu saya suruh SRP tadi ziarah, bersihkan makam dan buat tahlil AM kat makam cucu PMP selepas waktu Asar.
15. Ada lagi perkara pelik sebenarnya tapi jika saya cerita dan beritahu anda tentu tidak percaya dan tidak yakin sebab orang Pahang menggelar saya ni SB [special branch] walhal saya ini seorang guru…..
16. Sebenarnya saya hampir pitam pagi tadi.
17. Barangkali kepenatan kerana malamnya ada majlis meraikan bekas murid [nasyid] saya yang masuk program Imam Muda 2 kelolaan Astro Oasis 106.
18. Kemuncak program rupanya sebelum final pada 1 Julai nanti.
19. Yang saya nak kongsikan ialah sebenarnya Abuya yang suruh saya pergi ke rumahnya sedangkan saya tidak tahu pun ada majlis tersebut.
20. Anehkan????? Tapi lebih pelik lagi minyak kereta saya sudah 2 hari menunjuk aras 2 bar tetapi sebaik sahaja saya bertawasul dan mula bergerak minyaknya menunjuk aras 3 bar.
21. Memang tak pelik bagi orang yang tidak memahami dan merasainya tapi saya sungguh merasai keajaibannya memandangkan saya hanyalah orang biasa.
22. Lebih pelik lagi saya sudah pun diarahkan oleh Saidi supaya memakai baju korporat siap berblazer lagi dengan songkok tinggi [ala-ala zapin] tapi sebab saya tidak memahami dan masih lagi degil saya hanya memakai kain dan baju ala Raihan dan berkopiah putih.
23. Saya telah pun memohon maaf dan disambut dengan kata-kata ” masih degil lagi ye…. herm….. tak apa, bayi lagi ‘kan?”
24. Sungguh, saya tidak berani hendak menelah apa maksud di sebalik kata-kata yang diucapkan oleh seorang budak berusia 11 tahun yang diberitakan kepada saya mempunyai roh berusia matang yang menuturkan kata-kata di atas.
25. Saya menulis ni pun setelah membaca ulasan dari Dr. Mashitah ke atas respon beliau terhadap Kelab Isteri Taat [OWC] dan apa yang dapat saya catatkan ialah ” Alahai Dr. Mashitah. Tinggi-tinggi belajar, jauh-jauh mencari ilmu, begitu ulasannya….. Herm… benarlah kata Abuya… Bila akal jadi rujukan ia bisa jadi Tuhan tanpa kita sedar.

Renungan untuk Sahabat / Ikhwan

17 Jun
  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nota ini ditulis memandangkan aku tidak dibenarkan untuk menyambut panggilanmu serta bertemu denganmu atas arahan Saidi. Jelas dan noktah!
  2. Barangkali kamu ingin tahu kenapa?
  3. Abuya dan Saidi, izinkan anakmu ini terangkan agar mereka mengerti kesilapan mereka.
  4. Aku diberitakan bahawa kamu tidak membuat tugas-tugas yang Abuya berikan kepada kamu. Jangan tanyakan kepadaku apa tugasnya kerana sudah tentu kamu sedia maklum.
  5. Aku beritahu punca kenapa aku tidak boleh menghubungimu dan menyahut panggilan telefonmu.
  6. Pertama, tugasan ke Indonesia tidak kamu lunaskan dengan baik bahkan kamu berlengah-lengah. Tarikh telah ditetapkan iaitu pada 31 Mei namun sampai masanya tiada apa berita yang kudengar.
  7. Atas alasan apakah kamu tidak pergi? Sudahlah pada bulan Disember 2010 kamu tidak pergi ke ekspedisi kerohanian ke Indonesia. Bermakna ini merupakan kali kedua kamu engkar. Degil tanpa permohonan maaf yang keluar dari mulutmu.
  8. Kedua, tugasan memanggil dan bertemu 5 orang sahabat tidak kamu langsaikan dengan baik. Bahkan kamu sanggup menjadi orang tengah dan wakil kepada seorang lagi sahabat kita. Kamu ini membuat kerja Abuya atau membuat kerja siapa? Takutilah dengan kerohanian yang kamu perolehi dan jangan syok sendiri.
  9. Pertemuan tidak dapat kamu atur bahkan sudah diberi pilihan untuk ziarah dan selamatkan seorang remaja yang merupakan anak angkatmu aka anak angkat sahabatmu pun tidak mampu kamu lakukan.
  10. Tahukah kamu alasan yang kamu berikan membuatkan Saidi merasa tersinggung dan marah lalu arahan di atas dikeluarkan.
  11. Bayangkanlah jika itu adalah anakmu? Masih begitu sikapmu? Biarkan kerana dia tidak mahu? Kamu siapa dan dia siapa? Oh….. kamu masih tidak kenal lagi kerana sibuk dan asyik dengan mimpi kerohanianmu itu…..
  12. Cukup sudah aku dengar yang kamu menyatakan remaja itu sudah tiada apa-apa lagi. Maka jika dia ada apa-apa baru kamu seronok? Manusia jenis apa kamu ini?
  13. Kamu rasa pabila Abuya mengiktiraf kamu dan sahabat baikmu itu sahabat maka kamu selamat? Kamu tahukah Abuya menyatakan kita berlima adalah sahabat dan akan ada lagi yang menyusul. Tidak ingatkah kamu?
  14. Sudah aku diberitahu bahawa sahabat baikmu yang kamu taat dan junjung perintahnya itu sudah bercampur-campur kerohaniannya. Pun sudah aku ingatkan dan beritahu kepadamu atas arahan Saidi namun kamu degil seperti sahabat kamu juga malah kamu dan sahabatmu mengugutku dengan menyatakan takut peristiwa dahulu berulang lagi.
  15. Dengarkan ini jawapan dari Saidi, “Masih ingat yang dahulu lagi? Yang dahulu sudah tiada dan yang sekarang yang perlu difahami.”
  16. Kata remaja yang kamu enggan selamatkan, “Mereka berdua susah hendak diselamatkan. Biarkan Remaja Pahang yang selamatkan mereka.”
  17. Ketahuilah, jika bukan kerana karamah AM, sudah lama sahabatmu hanyut. Begitu juga dengan kamu.
  18. Berubahlah. Bertindaklah. Fahamilah.
  19. Buangkanlah penyakit cinta dunia dan takut mati yang bersarang dalam hatimu itu.
  20. Kamu sering melaung-laungkan 4 perkara tiap kali bertemu dan bercerita tentang perangai seorang Syeikh tetapi barangkali kamu lupa untuk mencermin diri dan rupa-rupanya ada di antara 4 perkara itu hinggap di pundak peribadimu. Fikir-fikirkanlah duhai sahabat.
  21. Sudah melebihi sebulan sahabatmu tidak balik melawat isterinya, bertemu diriku, bertemu remaja itu. Maka arahan bertemu itu merupakan hikmah untuk bertukar-tukar fikiran dan memahami mesej-mesej dan makna tersirat yang terkandung dalamm arahan yang diterima.
  22. Kerohanian bukan untuk hiasan bibir dan syok perasan. Ia merupakan amanah dan tanggungjawab memikul tugasan yang diberi.
  23. Tiada kebanggaan dan keistimewaan sebab selagi bernama insan, ujian, derita, sakit, miskin dan dihina merupakan pakaian hidup lebih-lebih lagi jika kita berada di bawah pimpinan mursyid yang hak.
  24. Elok kau baca pesanan Imam Ghazali dan Imam Syafie yang berpesan kepada orang yang inginkan kebenaran dan taat kepada mursyidnya.
  25. Duhai sahabat, aku bertaubat dari kesalahanku, aku berlepas tangan dari tanggungjawabku terhadapmu. Saksikanlah aku sudah menyampaikan amanah ini. Terimalah dengan dada yang lapang dan hati yang suci. Ampun maaf.

Oh Umi Oh Abi, Fahamilah….. Ini Adalah Ujian…..

17 Jun
  1. Aku sisipkan artikel ini sebab merasa kasihan dengan keletah ibu dan ayah yang masih tidak faham-faham walaupun sudah diberi faham…
  2. Wahai pengamal AM, ketahuilah dan sedarlah. Kamu sudah mendengar kuliah dari Mekah yang disampaikan Bonda Ummu tentang anak-anak dan ujian kepada ibu dan ayah.
  3. Apa yang kamu tidak faham dan tidak sedar ialah kita berada di dalam lap terakhir sekarang dan Abuya dan Saidi menguji dengan karenah anak-anak iaitu zuriat titisan AM. Semuanya hak siapa? Hak kamu sebagi ibu bapakah? atau hak empunya AM?
  4. Ketahuilah ramai dari anak-anak zuriat AM boleh berbicara langsung atau setidak-tidaknya mempunyai rasa hati yang tepat dengan Abuya dan Saidi. Mereka bukan macam kita yang penuh sekular [ kalau tidak masakan disuruh berpencak untuk memusnahkan sekular! ] Mereka adalah bahan ujian dari Abuya dan Saidi untuk kita. Menguji tahap kesabaran kita adakah merasa anak-anak itu milik kita atau amanah Allah melalui mursyid kita yang sudah tentu mereka mempunyai peranan di akhir zaman.
  5. Sedarlah, kita tidak mampu berperanan, lincah dan aktif seperti anak-anak kita sebab daki sekular, mazmummah wahabi dan yahudi yang mencorak kita sepanjang usia kita walaupun kononnya dididik dan ditarbiah oleh Abuya.
  6. Anak-anak kita bersih, jauh dari berburuk sangka dengan ujian dari Allah melalui Abuya dan Saidi. Sebenarnya kitalah yang diuji.
  7. Kenalilah diri dan pekerti anak-anak supaya kita dapat membezakan yang mana satu anak kita dan yang mana satu bukan anak kita. Memang mendalam maknanya sebab kita di dalam era roh. Doa kita ‘kan mahu jadi orang roh yang baru maka fahamilah……
  8. Duhai umi, rendahkanlah dirimu. Biarlah abi yang berperanan sebagai pemimpin rumah tangga. Sudah cukuplah kita memimpin diri dan keluarga yang kononnya suami tak pandai memimpin. Hormatilah suamimu. Panggillah dengan gelaran yang lembut, mesra dan penuh kasih sayang. Hentikanlah dengan gelaran dan panggilan yang umpama kawan sewaktu memanggilnya. Letakkanlah suamimu di taraf yang selayaknya Allah letakkan. Takutilah Allah dan hormatilah suamimu walaupun dia langsung tidak kisah dengan panggilan kurang ajar mu…. memang kurang ajar kalau memanggil suami dengan hanya nama sahaja, bukan abang, bukan hiney, bukan sayang tetapi just his name.
  9. Malulah pada Abuya dan Saidi yang tidak jemu-jemu mendidikmu tanpa keluh-kesah. Sudah diwakilkan melalui Bonda Ummu namun begitu juga tidak berubah-ubah. Marilah kita berdoa, “Ya Allah, dengan kemuliaan zat-Mu, sifat-Mu, perbuatan-Mu dan nama-Mu, ubahlah hatiku. Dengan karamah Abuya dan Saidi, ubahlah perangaiku. Aku sudah tidak pandai lagi mendidik diriku ini.”
  10. Luahkanlah isi hatimu. Buangkanlah egomu itu. Kikislah mazmummahmu itu. Joinlah Kelab Isteri Taat [OWC] dan pelajarilah bagaimana meletakkan suami di taraf yang selayaknya. Ayuh, temui Dr. Rohaya dan minta tips darinya. Jangan malu-malu…..
  11. Duhai ayah tercinta. Didiklah ibu mencintai Allah. Taatkanlah Allah. Terimalah kekurangan ibu di samping berusaha mentarbiah hatinya yang memang sedikit degil kerana banyaknya nafsu yang hendak dikawal. Berperananlah dan janganlah berlebih kurang yang tidak kena pada tempatnya. Abuya ‘kan model. Tiru akhlak dan caranya, bukan cara kita mendidik yang separuh tidak masak. Kosongkanlah diri dan biarlah rohmu yang berperanan. Tawasullah banyak-banyak.
  12. Umi dan abi, jadikanlah TAWASUL senjata dan keperluan hidupmu. Bukankah sudah diberitahu bahawa tawasul lebih ampuh dari doa. Kenapa tidak mahu amalkan dan jadikan pakaian diri?
  13. Ujian itu pahit sebab ia melibatkan darah daging kita. Menjadi bertambah kelat sebab merasa ia adalal milik kita.
  14. Ingat, ini adalah zuriat AM. Zuriat AM, maka pemilik AM-lah yang mengaturnya. Dialah yang mencaturnya. Kita umpama bidak-bidak catur dan hanya digerakkan oleh pemilik catur. Kita juga bukan pemainnya. Kita adalah bidak catur. Bergerak apabila dicatur bukan bergerak kerana kita ingin bergerak. Fahamilah!
  15. Jika susah sangat untuk bermujahadah maka serah sahajalah kepada empunya mutlak. Dialah Allah. Tuhan kita….. Jangan dipersoalkan lagi.
  16. Abuya telah bekalkan TAWASUL dan POWER maka gunakanlah tak kira masa dan ketika. Jika terasa pedih, sedih dan terhiris, ambil POWER dan hantarlah ke hati. Rawatlah. Jangan lupa TAWASUL sebab tanpa TAWASUL tak kan ke mana.
  17. Kita ini hanya penumpang jika kita sedar. Kita hanya meminjam POWER milik SOHIBUZZAMAN untuk diagih-agih kepada anak-anaknya, calon-calon IKHWAN. Jika kita rasa kita ada power, maka berhati-hatilah sebab kita tidak berada di dalam kapal yang sama. Kita ada power kerana power itu dipinjamkan kepada kita petanda karamah Abuya diagihkan kepada kita. Carilah MUJADID yang mengagihkan karamahnya kepada anak-anaknya; tidak ada; melainkan Fata At Tamimi.
  18. Ketika tareqat-tareqat lain sibuk mencari timur yang dimaksudkan untuk mencari Fata At Tamimi, kita yang dihadiahi Fata At Tamimi terkial-kial untuk meyakini.
  19. Ketika jemaah-jemaah lain ke Indonesia ke Surabaya [kerana terkenal Bani Tamim ramai di sana] mencari Fata At Tamimi, kita masih lagi engkar dengan arahan Abuya dan tidak taat dengannya biarpun kini adalah era roh….
  20. Maka bagaimana lagi mahu difahami wahai umi dan abi?
  21. Masih mahu lagikah merasa memiliki dan dimiliki?
  22. Jadilah mayat wahai umi. Jadilah mayat wahai abi. Matikanlah diri kita sebelum kita mati yang sebenarnya.
  23. Marilah kita beramai-ramai bertaubat agar kita terpilih dari kalangan orang terpilih.
  24. Maka kitalah yang menjadi penyebab kerana lambatnya daulah dan empayar sedangkan “Pemerintahan Imam Mahdi” sudah pun bermula.
  25. Takut-takut nanti, kita bukanlah orangnya wahai umi dan abi. Celik-celik, sedar-sedar, Saidi dan Abuya sudah ada depan mata maka IKHWAN-kah kita waktu itu?……

Sirr yang Nyata dan Nyata yang Sirr

17 Jun

Jun 2011 – cuti yang mengasyikkan….

    1. Apa yang sirr? Apa yang nyata? Jawapannya: Biarlah Rahsia
    2. Sebenarnya ada dalam setiap artikel ini. Rasalah kerana RASA itu adalah ilmu yang paling tinggi. Kata Tok Kenali, RASA adalah ilmu makrifat. Kata Abuya dalam tajuk bukunya yang tercetak melebihi sejuta naskhah ‘Mengenali Diri Melalui Rasa Hati’, Kenalilah RASA agar anda tahu, kenal dan rasa. Kata penulis Alam Jin, ilmu RASA tak boleh digunakan dalam mengenal Allah…. Anda jawablah sendiri sebab jika anda tak RASA, bagaimana anda mahu kenal ALLAH?…. Biarkanlah dia dengan Alam Jin-nya….. Doakanlah agar dia dapat membawa jin-jin yang dikenalinya itu kepada Allah…
    3. Saya menulis dalam gaya Che Det; bernombor. Mudah dan simple… Nak komen pun mudah…. just refer pada nombor aje…
    4. Begini ceritanya;
    5. Al kisah bulan Jun adalah bulan cuti persekolahan. Maka aku yang diarahkan ke Indonesia oleh Abuya dan Saidi menunggu masa dan tarikh yang sesuai untuk bergerak ke sana. Oleh kerana orang yang ditugaskan masih tidak memberikan apa-apa signal menandakan kerjanya sudah beres, maka rombongan dua orang Remaja Pahang diutus Abuya dan Saidi ke rumahku dalam misi menyelamatkan seorang Remaja Johor.
    6. Aku sudah pun menziarahi anak saudara perempuanku di Bandar Maharani untuk memaklumkan bahawa ujian untuknya dari Abuya dan Saidi dan sama ada dia memahami atau tidak mesejnya, aku berdoa agar dia sabar dan menerimanya sebagai suatu ketentuan dari Tuhan.
    7. Suaminya dan seorang sahabatnya sebenarnya ditugaskan untuk menziarahi dan menyelamatkan Remaja Johor itu malangnya, jawapan yang aku dapat ialah Remaja Johor itu tidak mahu diselamatkan dan yang menjadi HARU-nya hatiku ialah nada ucapannya, “Dah dia tak mau, buat apa kita sibuk-sibuk?” Alahai anak Abuya yang ni, payahnya nak faham mesej tersirat…..
    8. Kalau dah gatal-gatal mengaku Remaja Johor tu anak angkat dan dikahwinkan, janganlah dibiarkan berlama-lama tanpa berita, tanpa ziarah, tanpa tarbiah….. Janganlah dibawakan berita kepadaku bahawa Remaja Johor itu sudah tiada apa-apa, kerohaniannya ditarik, bla…bla…bla…. Bayangkanlah jika dia anak sendiri? Masih mahu dibiarkan dan tidak mahu diselamatkan? Apa dia fikir Abuya dan Saidi tidak tahukah? Tidak dengarkah?
    9. Benarlah kata Abuya padaku [selepas itu], misi ke Indonesia [akan] tidak berhasil kerana berlaku salah faham. Lalu aku diarahkan ke Temerloh, Pahang untuk menjejaki keluarga Saidi yang digelapkan salasilahnya. Ye… Alhamdulillah, aku temui di Kg. Tualang. Herm macam dalam cerita P. Ramlee pulak….. huhuhuhu.
    10. Kalau mahu diceritakan memang panjang tetapi aku pendekkan kerana aku hanya mahu menceritakan perihal pengalaman percutian aku di Temerloh sahaja, atau dalam kata mudah, pengalaman sepanjang aku berada di Pahang waktu cuti sekolah.
    11. Ziarah aku di Kg. Tualang dimulai dengan ke sebuah rumah bekas jemaah yang pernah dijadikan tadika. Penghuninya sakit yang mana sekeliling perutnya terasa ada benda menjalar. Orang dulu kata sakit ……………. . Aku menyuruh Remaja Pahang membacakan potongan ayat Al Quran dan menyuruh pesakit minum air yang telah dibacakan ayat tadi manakala Saidi menyuruh bekas jemaah itu diajar cara-cara mengambil POWER.
    12. Gementar aku rasa sebab jikalah ahli jemaah tahu sudah tentu aku dituduh bukan-bukan seperti yang aku alami sebelum  ini tapi ini arahan Saidi; maka aku jalankan tugas kerana bukan hak aku nak melayan karenah ahli jemaah yang lain…
    13. Usai air diminum, seorang Remaja Pahang yang kasyaf memberitahu terdapat kepulan asap keluar dari seluruh tubuh pesakit. Aku dikhabarkan bahawa selepas tragedi itu, pesakit tidak tidur selama tiga hari dan diberitahu bahawa dua orang lelaki berjubah dan berserban datang melawatnya. Titik…..
    14. Hari kedua, aku dan dua orang Remaja Pahang diundang ke majlis perkahwinan saudara ayah salah seorang RP ke Felda Jengka 1. Sebenarnya kami sudah lepak dan tidak berdaya, namun arahan Abuya untuk kami ke sana dan jam 12:00 tgh kami pun berangkatlah ke sana.
    15. Kami sampai jam 4:00 ptg selepas pelbagai ujian dan rintangan terpaksa kami tempuhi. Alhamdulillah, sewaktu kami sampai tetamu sudah tiada dan pihak pengantin sedang sibuk mengemas khemah. Setelah bersalaman dengan tuan rumah dan pengantin lelaki, kami dijamu dengan hidangan cara kampung. Sedap benar lauk nanas masak lemak, ada ikan masin lagi. Ada rojak Kedah lagi.
    16. Menariknya kami ditemani Syeikh-syeikh sambil menikmati hidangan pengantin. Arahan baru menghendaki kami pergi ke Gunung Senyum. Huhuhuhu…. mencabar sungguh.
    17. Kami tiba di GS jam 5:30 ptg. Kami memanjat tangga masuk dan kami temui Makam Tok Long. Setelah disedekahkan bacaan Al Fatihah dan wirid AM, kami rasa kami diiringi untuk bertemu isteri Tok Long serta Tok Besar dan isterinya lebih-lebih lagi sewaktu kami turun dan ziarah Makam Tok Long kali kedua dan bacaan dihadiahkan sekali lagi, kami diiringi seekor rama-rama dan bau haruman semerbak mewangi di sekitarnya. Lebih menarik lagi, waktu hampir sampai ke kereta, kami dapati ada rebung di sisi kami [ hadiah dari Tok Long dan Tok Besar ].
    18. Mesej terbaru kami dapat ialah, esok kami kena datang sekali lagi dan bergerak ke gua di sebelahnya.
    19. Esok pagi kami sampai lagi dan ekspedisi kami diketuai oleh Saidi menuju ke gua dengan misi mencari ……… [rahsia]. Perjalanan berjalan kaki sejauh 3.5 km terasa penat namun seronok sebab jungle tracking dengan selipar dan peserta bertambah lagi dua orang RP. Aku tak dapat bercerita lanjut sebab ekspedisi ini adalah rahsia….. Sorry
    20. Hari ketiga, kami diarahkan ke Kg. Bukit Lada. Herm…. mencabar untuk cari rumah Wahid, seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Tanah. Masjid lama dan masjid baru sudah kami temui namun clue itu tidak mencukupi. Rumah emak Wahid juga kami singgah namun perjalanan mudah menjadi sukar kerana sikap sendiri. Tepat jam 1:00 tgh kami sampai dan rupa-rupanya kami di bawa menziarahi Makam Tok Besar dan isterinya yang terletak di belakang rumah Wahid. Kami disambut oleh isteri Wahid sebab Wahid bekerja.
    21. Awal paginya kami ke Pusat Tahfiz Kg. Berhala Gantang. Di sana kami menziarahi dua buah makam dan kami yakin makam yang kami ziarahi adalah makam salah seorang anggota Wali Tujuh iaitu Syeikh Ahmad Salim @ Tok Putih [ makamnya di Pulau Besar, Melaka ] namun kami diminta membawa Syeikh Tok Teh Al  Hassan Keramat berbaiah dengan Abuya dan Saidi. Kami dihadiahi buah sukun oleh Tok Teh Al Hassan Keramat. Cukup…..
    22. Sempat berziarah di makam sekitar 100 meter dari pusat tahfiz sebelum bergerak ke Gua Kota Gelanggi. Misi besar kami di sana ialah untuk menyaksikan karamah Abuya dan …….. [rahsia juga].
    23. Benar, sampai sahaja aku di kaki Gua Balai, Gua Kota Gelanggi, mengimbas kembali mimpi [ bukan mimpi ar! ] aku. Oh…. rupa-rupanya aku ke sini dan ada misi, malangnya aku tidak faham waktu itu….. sudah berlalu lebih dua tahun…..
    24. Aku dan RP dipimpin Saidi untuk menyaksikan kilauan berlian. Sempat mendapat ilmu dan diberitahu bahawa gua tersebut wujud sejak zaman Nabi Allah Nuh lagi. Zaman Nabi Musa dan Ibrahim juga zaman Nabi Sulaiman. Nah…. malas aku bercerita lagi sebab semua sudah sedia maklum.
    25. Ujian demi ujian kami tempuhi sepanjang bercuti di Pahang. Tapi cukuplah sebab sudah 25 notes aku catat. Jika diizinkan, aku akan berceloteh lagi, menceritakan pengalaman aku dengan karamah Abuya dan Saidi serta mukjizat Rasulullah serta keberkatan Rijalullah dan Rijalul Ghaib. Ampun maaf…..
 

 

Hello world!

17 Jun

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can alway preview any post or edit you before you share it to the world.